Malaysia-Brunei sepakat selesai isu tertangguh

LocalPolitics
22 Aug 2026 • 4:25 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Malaysia-Brunei sepakat selesai isu tertangguh

PETALING JAYA: Malaysia dan Brunei Darussalam mencapai persefahaman awal untuk menyelesaikan perkara tertangguh kira-kira 60 tahun lalu termasuk isu pertindihan termasuk tuntutan sempadan antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua pihak bersetuju supaya isu pertindihan termasuklah tuntutan sempadan diselesaikan berdasarkan faktor sejarah, undang-undang dan kaedah penentuan sempadan yang dipersetujui.

Katanya, perkara itu antara agenda dibincang bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dalam Mesyuarat Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 (ALC-27) di Istana Nurul Iman hari ini.

Menurutnya, kira-kira 50 peratus daripada isu persempadanan darat antara kedua-dua negara telah diselesaikan manakala baki kawasan masih melibatkan pertindihan tuntutan.

“Kedua-dua pihak mencari kaedah supaya diberikan pengiktirafan kepada hak dan tuntutan Malaysia dan Brunei berdasarkan undang-undang dan juga persempadanan. Saya ingat isu yang terbantut sekian lama itu dapat dileraikan.

“Saya dengan Sultan Brunei merasakan sekurang-kurangnya parameter asas itu boleh diselesaikan sebelum akhir tahun,” katanya pada sidang media selepas mengakhiri lawatan rasmi dua hari ke Brunei.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kedua-dua negara pada dasarnya mahu memastikan hak dan kepentingan Malaysia serta Brunei terus dipertahankan berdasarkan asas perundangan dan persempadanan yang sah.

“Dalam kes ini kerana ia melibatkan perbatasan di negeri Sarawak maka faktor ini diambil kira dan pandangan Premier, Tan Sri Abang Johari Tun openg dan kerajaan negeri Sarawak juga akan mempengaruhi keputusan kita dalam menentukan garis muktamad,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysia dan Brunei turut bersetuju meningkatkan kerjasama dalam pengurusan sempadan, termasuk aspek imigresen dan kastam bagi memudahkan pergerakan rakyat kedua-dua negara.

Anwar berkata proses sedia ada dilihat terlalu banyak pemeriksaan dan sekatan di sepanjang laluan antara Brunei dan Malaysia.

“Sekarang banyak lapan checkpoint timbal balik Brunei ke Sarawak, Sabah sebaliknya. Jadi kita mahu kurangkan proses itu supaya lebih mudah,” katanya.

Beliau berkata jawatankuasa teknikal di peringkat agensi pusat, dengan kerjasama Sarawak, akan meneliti langkah mempercepatkan proses berkenaan.

Selain itu, Anwar berkata, Malaysia dan Brunei juga membincangkan kerjasama dalam bidang pendidikan, termasuk usaha menyelesaikan isu pengiktirafan ijazah daripada Universiti Brunei Darussalam.

Terdahulu, Sultan Hassanal Bolkiah berkenaan mengurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) yang membawa gelaran Dato Laila Utama kepada Anwar.-UTUSAN

The post Malaysia-Brunei sepakat selesai isu tertangguh appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved