Anwar tidak setuju UMNO bayar RM50 juta

LocalPolitics
6 Nov 2026 • 4:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anwar tidak setuju UMNO bayar RM50 juta

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan tindakan UMNO membayar denda RM50 juta bagi pihak Datuk Seri Najib Tun Razak, sambil menegaskan kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak boleh dipandang ringan atas dasar persahabatan.

Anwar berkata, hubungan baik dan semangat persahabatan dengan bekas perdana menteri itu tidak seharusnya menimbulkan persepsi dalam kalangan rakyat bahawa kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa membabitkan nilai berbilion ringgit boleh dibiarkan tanpa ketegasan.

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan UMNO berhubung pembayaran denda itu merupakan hak parti dan kerajaan menghormati proses undang-undang serta keputusan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dari segi perlembagaan.

“Pandangan peribadi, saya tidak setuju kerana sementara kita ada semangat persahabatan dengan Datuk Seri Najib, tapi itu tidak harus memberi gambaran kepada rakyat bahawa kegiatan rasuah yang mencecah bilion ringgit itu boleh dibiarkan begitu rupa.

“Apa yang kita nak didik kepada anak-anak kita? Satu prinsip akhlak yang tegas menolak penyalahgunaan kuasa dan rasuah,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Taman Kosas, Ampang dekat sini hari ini. – BERNAMA

The post Anwar tidak setuju UMNO bayar RM50 juta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved