Anwar ucap takziah kepada rakyat Norway

WorldPolitics
29 Aug 2026 • 6:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anwar ucap takziah kepada rakyat Norway

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Norway susulan kemangkatan Raja Harald V.

Anwar berkata, Raja Harald akan dikenang kerana kefahaman mendalam baginda mengenai makna menjadi rakyat Norway serta keterangkuman dalam membentuk sebuah negara.

“Baginda bercakap mengenai sebuah negara yang terdiri daripada rakyat yang keluarganya berasal dari Afghanistan, Pakistan, Poland dan pelbagai tempat lain, dan menegaskan bahawa mereka juga adalah Norway.

“Kata-kata baginda mengingatkan bahawa kekuatan sesebuah negara terletak pada maruah yang diberikan kepada seluruh rakyatnya,” katanya menerusi satu kenyataan di laman X hari ini.

Menurut Anwar, Raja Harald turut memahami beratnya sebuah sumpah serta kepentingan untuk kekal setia terhadap komitmen yang telah dibuat.

“Malaysia bersama-sama rakyat Norway berkabung atas pemergian baginda,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post Anwar ucap takziah kepada rakyat Norway appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved