Banjir Nepal: Agong gesa tindakan wajar bantu rakyat Malaysia terjejas! Titip doa keselamatan mangsa

27 Aug 2026 • 3:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menggesa Wisma Putra mengambil segala tindakan sewajarnya berhubung rakyat Malaysia yang terjejas susulan kejadian banjir besar di Rasuwa, Nepal.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda menitahkan supaya maklumat terkini mengenai keselamatan dan keberadaan rakyat Malaysia yang terlibat disalurkan kepada ahli keluarga masing-masing.

“Saya mengikuti perkembangan tragedi ini sejak ia dilaporkan berlaku semalam apabila melibatkan rakyat Malaysia.
“Saya juga menggesa Wisma Putra mengambil segala tindakan yang sewajarnya termasuk dalam menyalurkan maklumat terkini kepada ahli keluarga masing-masing mengenai keselamatan dan keberadaan rakyat Malaysia yang terlibat,” titah Seri Paduka Baginda.

Image from: Banjir Nepal: Agong gesa tindakan wajar bantu rakyat Malaysia terjejas! Titip doa keselamatan mangsa

Sultan Ibrahim turut mendoakan supaya segala usaha menyelamat dan membawa keluar rakyat Malaysia yang terjejas dapat dilaksanakan dengan lancar.

Menurut hantaran itu, Sultan Ibrahim bersama Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut menzahirkan rasa prihatin serta mendoakan keselamatan rakyat Malaysia yang terlibat dalam bencana berkenaan.

“Seri Paduka Baginda berdua menitipkan doa berharap semua mangsa berada dalam keadaan selamat serta dipermudahkan segala urusan sepanjang menghadapi situasi berkenaan,” menurut hantaran itu.

Image from: Banjir Nepal: Agong gesa tindakan wajar bantu rakyat Malaysia terjejas! Titip doa keselamatan mangsa

Sementara itu, Wisma Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan seramai 55 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi susulan banjir besar yang melanda daerah Rasuwa, semalam.

Artikel lain: Banjir Nepal: 9 pendaki Malaysia gagal dihubungi, ‘Team Loe’ berisiko terkena kepala air

Menurut Wisma Putra, angka berkenaan diperoleh berdasarkan maklumat terbaharu daripada ahli keluarga, agensi pelancongan dan sumber lain berkaitan.

Image from: Banjir Nepal: Agong gesa tindakan wajar bantu rakyat Malaysia terjejas! Titip doa keselamatan mangsa

Image from: Banjir Nepal: Agong gesa tindakan wajar bantu rakyat Malaysia terjejas! Titip doa keselamatan mangsa

Media antarabangsa pula melaporkan angka korban akibat banjir yang melanda perkampungan serta laluan pendakian di kawasan sempadan Nepal-China itu meningkat kepada 162 orang, manakala ratusan lagi masih hilang.

Sumber: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved