Apa Beza Apartmen Servis & Kondominium? Ini Penjelasannya!

29 Jul 2025 • 11:37 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui bahawa pasaran hartanah Malaysia dipenuhi pelbagai jenis kediaman. Namun, ramai pembeli keliru dengan perbezaan antara kondominium dan apartmen servis.

Dari luar, kedua-dua bangunan ini tampak moden, tinggi dan dilengkapi pelbagai kemudahan. Tapi, adakah ia benar-benar serupa atau sekadar kelihatan sama?

Perbezaan kecil seperti status tanah dan kadar bil bulanan sebenarnya memberi kesan besar kepada kos jangka panjang. Ketahui kelebihan dan kekurangan masing-masing sebelum buat keputusan.

Perbezaan Antara Kondominium & Apartmen

Di Malaysia, kediaman bertingkat seperti flat, apartmen dan kondominium sering menjadi pilihan utama bagi pembeli rumah di kawasan bandar.

Namun, walaupun ketiga-tiganya kelihatan serupa dari segi struktur, terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kemudahan, nilai hartanah dan status tanah.

Perbezaan utama antara apartmen dan kondominium terletak pada jenis tanah dan peraturan pembangunan.

Kondominium:

  • Dibina atas tanah berstatus rezab kediaman (residential title)
  • Biasanya dibangunkan oleh pemaju swasta
  • Mempunyai penyelenggaraan profesional
  • Menyediakan fasiliti lengkap seperti kolam renang, surau, taman permainan dan bilik acara
  • Fi penyelenggaraan lebih tinggi, tetapi sepadan dengan kemudahan yang disediakan

Apartmen Servis:

  • Lazimnya dibina atas tanah komersial atau semi-residential
  • Bil utiliti (air dan elektrik) lebih mahal kerana guna kadar komersial
  • Kemudahan disediakan lebih asas, tiada fasiliti mewah
  • Fi penyelenggaraan lebih rendah

Dari segi keselamatan, kondominium biasanya dilengkapi sistem 3 lapis:

  • Pagar keselamatan
  • Pengawal di pintu masuk
  • Akses kad atau sistem digital ke lif dan aras kediaman

Berbeza dengan apartmen yang kebiasaannya hanya ada pondok pengawal di pintu masuk utama.

Bagaimana Pula Dengan SoHo, SOVO & Lain-Lain?

image is not available
Sumber: Pexels

SoHo (Small Office Home Office), SoFo (Small Office Flexible Office) dan SOVO (Small Office Versatile Office) pula merupakan unit hibrid yang berfungsi sebagai pejabat tetapi dibenarkan didiami.

Namun, ketiga-tiga jenis ini dibina atas tanah komersial, jadi caj utiliti dan cukai pintu juga lebih tinggi. Mereka bukanlah rumah kediaman konvensional dan perlu pertimbangan serius sebelum dibeli untuk didiami secara kekal.

Bank juga biasanya lebih berhati-hati dalam meluluskan pinjaman untuk unit-unit seperti SoHo atau SOVO kerana status komersialnya tidak termasuk dalam kategori hartanah kediaman biasa.

Kenapa Perlu Ambil Tahu Perbezaan Ini?

image is not available
Sumber: Pexels

Mengetahui jenis kediaman sangat penting kerana ia memberi kesan kepada cukai, pinjaman, nilai pasaran dan kos jangka panjang.

Contohnya, unit SoHo mungkin kelihatan mampu milik, tetapi kos utiliti dan penyelenggaraannya lebih tinggi berbanding kondominium biasa.

Bagaimanapun, pilihan antara apartmen atau kondominium bergantung kepada keperluan, bajet dan gaya hidup masing-masing. Jika anda pentingkan privasi, keselamatan dan kemudahan lengkap, kondominium mungkin lebih sesuai.

Namun, jika anda mahukan kos penyelenggaraan yang rendah dan tidak kisah tentang fasiliti tambahan, apartmen boleh jadi pilihan lebih praktikal, terutama bagi golongan bujang atau penyewa jangka pendek.

Source: