“Apa saya boleh buat?”, KA balas isu Sambal Nyet Bilis dijual semula RM25

LocalBusiness & Finance
25 Aug 2026 • 9:29 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

“Apa saya boleh buat?”, KA balas isu Sambal Nyet Bilis dijual semula RM25

KUALA LUMPUR – Produk Sambal Nyet Bilis keluaran pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian selepas terdapat dakwaan segelintir individu membeli produk itu dalam kuantiti banyak sebelum menjualnya semula pada harga lebih tinggi.

Isu berkenaan timbul selepas seorang pengguna Threads meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan yang didakwa dilakukan golongan ‘scalper’ sehingga Sambal Nyet Bilis dikatakan dijual semula pada harga mencecah RM25 sebotol.

Menurut pengguna berkenaan, keadaan itu mengecewakan pembeli yang mahu mendapatkan produk terbabit pada harga asal.

Malah, pengguna tersebut turut mempersoalkan sama ada Khairul Aming menyedari perkara berkenaan atau sekadar membiarkannya berlaku.

“Khairul Aming tak perasan atau sekadar tak peduli? Ya, memang selagi ada permintaan pasti wujud scalper. Tapi ini sudah melampau,” katanya.

Luahan tersebut kemudian mendapat perhatian Khairul Aming yang tampil memberikan respons terhadap isu berkenaan.

Menurut Khairul Aming, pihaknya sukar untuk mengawal tindakan pembeli selepas produk tersebut sudah dibeli dan berada di tangan mereka.

“Sambal tu dah dekat tangan dia, apa saya boleh buat. Takkan saya nak pergi ketuk pintu rumah dia. Saya tak kenal pun siapa yang jual balik tu,” katanya.

Dalam pada itu, Khairul Aming turut meminta individu yang mengkritik isu berkenaan mengemukakan cadangan penyelesaian yang boleh dilaksanakan bagi menangani masalah tersebut.

“Tolong beritahu saya apa yang boleh dibuat, kemudian saya akan gunakan penyelesaian anda,” katanya.

Isu penjualan semula Sambal Nyet Bilis pada harga lebih tinggi itu mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial, khususnya berkaitan cabaran yang dihadapi apabila sesuatu produk mempunyai permintaan yang tinggi.

Sambal Nyet Bilis sebelum ini sememangnya mendapat sambutan hangat dan sering menjadi perhatian apabila stok produk berkenaan habis dalam tempoh singkat.

The post “Apa saya boleh buat?”, KA balas isu Sambal Nyet Bilis dijual semula RM25 appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved