Apa Yang Data Tidak Tipu: Hakim Danish Kini Pelumba Terpantas AEON Credit-MT Helmets-MSi

22 Jun 2026 • 9:34 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Apa Yang Data Tidak Tipu: Hakim Danish Kini Pelumba Terpantas AEON Credit-MT Helmets-MSi

Kemenangan bersejarah Hakim Danish di Brno bukan sahaja menamatkan kemarau kemenangan Malaysia di pentas Moto3, malah data prestasi sepanjang musim 2026 menunjukkan pelumba berusia 18 tahun itu kini semakin menyerlah berbanding rakan sepasukannya, Ryusei Yamanaka.

Menurut data MotoGP sehingga Czech GP, Danish menduduki tangga kelima keseluruhan dalam carta Qualifying Pace dengan purata hanya 0.548 saat di belakang masa pole position. Sebagai perbandingan, Yamanaka berada di kedudukan ke-13 dengan jurang 1.159 saat. Perbezaan lebih setengah saat itu membuktikan Danish kini memiliki kelajuan satu pusingan yang jauh lebih kompetitif berbanding pelumba Jepun berkenaan.

Malah, Danish turut mencatatkan prestasi kelayakan yang konsisten di kelompok hadapan termasuk di Brazil, Itali dan Brno. Di Republik Czech, beliau hanya ketinggalan 0.017 saat daripada catatan pole position sebelum dikenakan penalti untuk bermula di petak 14 grid.

Namun begitu, pengalaman Yamanaka masih memberikan kelebihan ketika perlumbaan. Statistik Grid vs Race Finish menunjukkan beliau sering memperbaiki kedudukan ketika perlumbaan berlangsung, termasuk peningkatan sembilan posisi di Le Mans dan tujuh posisi di Hungary.

Sebaliknya, Danish memulakan musim dengan beberapa perlumbaan yang menyaksikannya kehilangan kedudukan berbanding grid permulaan. Tetapi sejak Catalunya, trend tersebut mula berubah apabila beliau semakin konsisten menambah posisi ketika perlumbaan. Kemuncaknya hadir di Brno apabila bangkit dari P14 untuk meraih kemenangan pertama karier Moto3.

Apa yang paling menarik, graf prestasi menunjukkan Danish sedang melalui fasa peningkatan yang ketara, manakala prestasi Yamanaka lebih bersifat turun naik. Jika trend ini berterusan, kemenangan di Brno mungkin menjadi titik perubahan yang menyaksikan Hakim Danish bukan lagi sekadar pelumba rookie terbaik pasukan, malah muncul sebagai pelumba utama AEON Credit-MT Helmets-MSi untuk baki musim Moto3 2026.

Teruskan bersama Two Wheels..!

The post Apa Yang Data Tidak Tipu: Hakim Danish Kini Pelumba Terpantas AEON Credit-MT Helmets-MSi appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved