APAD Tegas Isu Diskriminasi Bahasa Dalam Sistem Agihan Tempahan Aplikasi e-Hailing

LocalPolitics
8 Aug 2025 • 11:02 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

APAD Tegas Isu Diskriminasi Bahasa Dalam Sistem Agihan Tempahan Aplikasi e-Hailing

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Semua perkhidmatan e-hailing wajib mematuhi syarat-syarat pelesenan dan syarat khas kenderaan e-hailing serta memastikan sistem agihan tempahan yang ditetapkan adil dan saksama kepada pemandu.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam kenyataan semalam memaklumkan pihaknya memandang serius isu tular baru-baru ini berkaitan amalan berunsur diskriminasi berasaskan bahasa dalam sistem agihan tempahan sebuah aplikasi perkhidmatan e-hailing yang didakwa tidak memberikan agihan secara adil dan saksama kepada semua pemandu.

“APAD ingin menegaskan bahawa semua perkhidmatan e-hailing wajib mematuhi syarat-syarat pelesenan dan syarat-syarat khas di bawah Perkara 9, Keperluan Tahap Perkhidmatan (KTP) Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP) Syarat Khas (Bahagian III – Operasi) Kenderaan e-Hailing, pemegang lesen perlu memastikan sistem agihan tempahan yang ditetapkan adalah adil dan saksama kepada pemandu,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan sebarang pelanggaran terhadap syarat-syarat berkenaan adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 12A(9), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715].

“Sekiranya disabitkan kesalahan, pihak terlibat boleh didenda tidak kurang RM1,000 tetapi tidak lebih RM200,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya,” menurut kenyataan itu.

APAD memaklumkan agensi itu akan terus memastikan kesinambungan industri perkhidmatan e-hailing sebagai perkhidmatan pengangkutan awam yang adil, telus dan inklusif, serta bebas daripada sebarang unsur diskriminasi terhadap semua pihak berkepentingan.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved