Aplikasi Edits dilihat semakin releven dalam kalangan pencipta kandungan menerusi kemaskini baharu. Antara ciri baharu yang diperkenalkan ialah Keyframes iaitu fungsi yang membolehkan pengguna melakukan suntingan video dengan lebih terperinci dan tersusun.


Melaluinya, pengguna dapat menetapkan bahagian tertentu dalam projek video serta mengubahsuai persembahan setiap bingkai secara individu. Ini boleh menghasilkan kandungan video yang kelihatan professional dan tepat. Selain itu, tab Ideas juga telah ditambahbaik dengan kebolehan menyimpan audio kegemaran serta menambah sticky notes pada audio untuk rujukan kemudian hari.


Tidak ketinggalan, ciri penambahbaikan audio turut diperkenalkan termasuk fungsi menyingkirkan bunyi di latar belakang daripada rakaman suara utama bagi memastikan suara lebih jelas dan mudah difahami. Sebagai tambahan, Instagram turut menyediakan beberapa kesan teks baharu bagi membolehkan pengguna mencipta anaotasi lebih menarik seiring dengan gaya penyampaian masing-masing.

