
Kancil merupakan salah satu aplikasi yang memfokuskan kepada komuniti buku. Sebelum ini, ia sedia menawarkan ciri untuk berkongsi pembacaan, selain mencatatkan jurnal pembacaan melaluinya. Tidak setakat itu, kini Kancil turut menambah beberapa ciri baharu melalui kemaskini untuk Android dan iOS.

Melalui kemaskini yang mula diperkenalkan minggu ini, Kancil kini menambah sokongan untuk jual-beli buku terpakai. Pengguna yang mempunyai buku ingin dijual, boleh menyenaraikan buku pada Kancil, dan seterusnya sesiapa yang berminat boleh berkomunikasi terus dan menguruskan jualan melaluinya.

Disamping itu, Kancil juga turut menambah sokongan permesejan pada aplikasi berkenaan. Selain untuk urusan jual-beli, pengguna juga boleh berkomunikasi antara satu sama lain melalui aplikasi berkenaan.
Kemaskini baharu ini telah pun aktif di Google Play Store, dan dijangka menyusul di Apple AppStore.






