Aplikasi Maybank, transaksi kad debit tergendala buat sementara waktu

23 May 2024 • 9:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Aplikasi MAE (aplikasi), Maybank2u (laman web dan aplikasi), Maybank2u Biz (laman web dan aplikasi) serta transaksi kad debit Malayan Banking Bhd tergendala buat sementara waktu.

"Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan hal ini secepat mungkin.

"Terima kasih atas kesabaran anda,” demikian umum Maybank menerusi laman X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) pada Khamis. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!