Tiga model iPhone baru sahaja dilancarkan bulan lalu dan kini sebuah lagi acara pelancaran dijangka berlangsung pada 13 Oktober menurut laporan Bloomberg. Pada tarikh tersebut Apple dipercayai akan melancarkan pula Apple TV 4K, HomePod mini dan sebuah hab pintar baharu kepada umum.

Beberapa gambar HomePod mini baharu telah tertiris minggu lagu dengan lebih banyak pilihan warna. Apakah penambahbaikan yang diberikan masih lagi misteri. Apple TV 4K kali terakhir dikemaskini pada tahun 2022 dan pemproses Apple A15 Bionic serta 4GB RAM yang digunakan sudah agak usang.
Ini adalah sebab mengapa Siri yang dipertingkatkan dengan Apple Intelligence tidak diterima Apple TV 4K Gen 3. Dengan kemas kini ini, sebuah Apple TV 4K yang lebih berkuasa bakal dilancarkan.
Akhir sekali hab pintar untuk rumah pula akan dilancarkan dengan ia masih misteri sama ada ia sekadar hab atau HomePod dengan skrin yang didengari kewujudannya sejak dua tahun lalu. Semua misteri ini akan terjawab sekiranya ramalan acara 13 Oktober ini menjadi realiti.





