
Apple sedia menjadualkan acara khas pada awal Mac 2026, dan selari dengannya, kini Tim Cook mengacah pengenalan sejumlah produk Apple sepanjang minggu hadapan, bermula Isnin. Untuk makluman, sebelum ini Apple turut pernah hadir dengan konsep memperkenalkan satu keluarga peranti setiap hari sepanjang minggu.

Pada minggu hadapan, antara peranti yang dijangka diperkenalkan adalah siri iPhone 17e baharu, siri MacBook Pro dan Air yang dikemaskini, pengenalan siri MacBook baharu yang menggunakan cip iPhone dan hadir dengan sejumlah pilihan warna, dan juga mungkin kemaskini pada siri iPad.
Tim Cook menyatakan akan mengumumkan peranti baharu ini bermula Isnin ini. Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan pengumuman Apple pada minggu hadapan, yang bakal menjadi minggu yang sibuk dengan pelancaran pelbagai peranti baharu selari acara MWC 2026.
A big week ahead. It all starts Monday morning! #AppleLaunch pic.twitter.com/PQ9gM2Gl2r



