Apple Pertimbang Mengeluarkan Cip Apple Silicon Menggunakan Kilang Samsung dan Intel

TechnologyBusiness & Finance
5 May 2026 • 12:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Pertimbang Mengeluarkan Cip Apple Silicon Menggunakan Kilang Samsung dan Intel

Cip Apple Silicon pada waktu ini dikilangkan oleh TSMC dengan ini mendatangkan impak ke atas rantaian bekalan sekiranya sesuatu berlaku kepada syarikat Taiwan ini. Apple dipercayai mengeluarkan 60% cip mereka menerusi kilang TSMC di Taiwan dengan ia berhadapan risiko seperti serangan daripada China. Bloomberg pagi ini melaporkan Apple sedang mempertimbangkan menggunakan kilang fabrikasi milik Samsung dan Intel untuk pengeluaran Apple Silicon bermula 2027 atau 2028.

Image from: Apple Pertimbang Mengeluarkan Cip Apple Silicon Menggunakan Kilang Samsung dan Intel

Samsung sebagai syarikat pengeluar cip kedua terbesar di dunia sudahpun mempunyai hubungan perniagaan yang lama dengan Apple menerusi bekalan skrin, memori dan storan untuk iPhone. Samsung juga sudah mempunyai kilang pengeluaran cip di Amerika Syarikat yang turut menerima kontrak daripada Tesla baru-baru ini.

Intel walaupun tidak lagi gah seperti dahulu juga mempunyai kilang fabrikasi di Amerika Syarikat dan kini menerima pelaburan daripada kerajaan Amerika untuk mengembalikan semula kapasiti pengeluaran teknologi tinggi ke dalam negara.

Keputusan masih belum diambil kerana masih di peringkat awal. TSMC menjadi pilihan Apple sejak daripada awal kerana kadar pengeluaran cip oleh Samsung dan Intel adalah lebih rendah berbanding teknologi yang digunakan TSMC.