Bekas Pekerja Tokyo Electron Dipenjara 10 Tahun Kerana Mencuri Maklumat Sulit TSMC

LocalTechnology
27 Apr 2026 • 1:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Chen Li-ming, bekas jurutera di Tokyo Electron, sebuah pengeluar kelengkapan pembuatan cip semikonduktor baru-baru ini telah disabitkan kesalahan mencuri maklumat sulit syarikat pengeluar cip semikonduktor Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) dan telah menerima hukuman penjara 10 tahun oleh mahkamah Taiwan.

TSMC merupakan syarikat pengeluar cip semikonduktor paling penting di dunia sekarang, dimana mereka menghasilkan cip pemprosesan untuk kebanyakan syarikat-syarikat teknologi kerkemuka di dunia, seperti Apple, AMD, NVIDIA, Qualcomm dan sebagainya.

Hukuman ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana bagi kerajaan Taiwan, teknologi penghasilkan cip semikonduktor TSMC adalah sama seperti rahsia negara, dan ia memastikan negara tersebut kekal kompetitif dalam sektor pengeluaran cip semikonduktor, yang merupakan industri paling penting dan menguntungkan untuk mereka.

Sebelum ini, kami juga ada melaporkan bahawa TSMC telah menyaman bekas timbalan presiden syarikat tersebut apabila beliau berpindah ke Intel secara tiba-tiba kerana risau bahawa beliau akan mendedahkan banyak maklumat sulit TSMC ke pesaing tersebut. Huawei juga dilihat telah menawarkan jurutera TSMC gaji lumayan sekiranya mereka meninggalkan TSMC untuk membangunkan teknologi pengeluaran Huawei.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved