Apple TV+ Dijenamakan Semula Sebagai Apple TV

EntertainmentTechnology
14 Oct 2025 • 12:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple hari ini mengumumkan mereka akan menjenamakan semula perkhidmatan penstriman mereka daripada Apple TV+ kepada hanya Apple TV. Sebab utama disebalik penjenamaan ini tidak dinyatakan oleh Apple.

image is not available

Sebelum ini, Apple telah memperkenalkan perkhidmatan penstriman Apple TV+ ini pada tahun 2019 yang lepas. Melaluinya, ia menawarkan sejumlah kandungan eksklusif yang diterbitkan khusus untuk platform penstriman berkenaan.

Buat masa ini, penjenamaan ini mungkin sedikit mengelirukan, memandangkan Apple sedia menawarkan  perkakasan dengan nama sama, iaitu Apple TV yang boleh dihubungkan ke kaca televisyen. Dengan penjenamaan ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah impaknya dan bagaimanakah pihak Apple akan membezakan kedua-dua penawaran ini.

Di Malaysia, perkhidmatan penstriman Apple TV ini ditawarkan pada harga RM29.90 sebulan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved