Aqil Zulkiflee Syukur Isteri Hamil Lima Bulan - “Dapat Tahu Ada Baby Pun Lepas Skydiving Dekat Dubai”

21 May 2025 • 9:15 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee berkongsi berita gembira apabila isterinya, Nur Iliyaa Jasmina Roslan kini hamil lima bulan.
 

Skydiving di Dubai


Berita gembira itu dikongsi Aqil menerusi hantaran terbaharu di akaun TikTok miliknya.



Menerusi perkongsian di TikTok, Aqil memaklumkan dia dan isteri mengetahui berita gembira itu sewaktu mereka bercuti di Dubai.



“Alhamdulillah hari ini genap 10 bulan Aqil & Iliya kahwin, dan hari inj juga kami nak bagitahu yang baby kami dah 5 bulan.

“Insya-Allah, tahun ni kita jadi Papa Aqil dan Mama Iliya. Tak boleh nak sorok dah sebab masing-masing dah tegur pasal Iliya. 

“Dapat tahu ada baby pun lepas kami skydiving dekat Dubai hari itu, baby skydiving la ni. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami. 


“Doakan kami ye, terima kasih semua. Oh ya, macam biasa lah bapa dia YouTuber, boleh tengok vlog kami pi klinik scan baby for the first time dekat YouTube Channel Aqil Zulkiflee,” coretnya.

@aqilzulkiflee

Alhamdulilah harini genap 10 bulan Aqil & iliya kahwin, dan harini juga kami nak bagitahu yang baby kami dah 5 bulan InshaAllah tahun ni kita jadi Papa Aqil & Mama Iliya Tak boleh nak sorok dah sebab masing-masing dah tegur pasal iliya. Dapat tahu ada baby pun lepas kami skydiving kat Dubai haritu HAHAHA baby skydiving la ni. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Doakan kami ye, terima kasih semua ❤️ Oh ya macam biasa la bapak dia youtuber, boleh tengok vlog kami pi klinik scan baby for the first time dekat Youtube channel Aqil Zulkiflee

♬ MANGU Fourtwenty - Alottu



Terdahulu, Aqil dan isterinya, Iliya berkahwin pada 20 Julai 2024.



Untuk info,  Aqil diminati kanak-kanak kerana sering berkongsi video berbentuk hiburan seperti demonstrasi alat permainan kanak-kanak, makanan, haiwan peliharaan dan sebagainya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved