Kejohanan Dunia: DinFei mengorak langkah ke suku akhir

20 Aug 2026 • 4:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kejohanan Dunia: DinFei mengorak langkah ke suku akhir

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani meneruskan kemaraan ke suku akhir pada Kejohanan Badminton Dunia yang sedang berlangsung di New Delhi, India.

Pada aksi pusingan ketiga di Stadium Tertutup Indira Gandhi hari ini, bekas gandingan No.1 dunia itu mencatat kemenangan straight-set 21-17, 21-17 ke atas beregu Taiwan, Chiu Hsian Chieh-Wang Chi Lin.

Turun sebagai pilihan keenam kejohanan, pasangan yang diberi julukan DinFei itu diberikan tentangan sengit seawal set pertama apabila saling bertukar servis, namun mula menjarakkan diri di penghujung aksi sebelum menang 21-17.

Bersambung set kedua, beregu No.6 dunia itu pada awalnya ketinggalan 4-6, namun kembali menunjukkan prestasi sebenar dan menyamakan kedudukan 11-11, sekali gus meletakkan beregu Taiwan dalam tekanan.

Selepas itu, Sze Fei-Izzuddin mula mengutip mata demi mata dan menjarakkan kedudukan sebelum melengkapkan kemenangan 21-17 bagi menempah tempat ke pusingan suku akhir yang dijadualkan berlangsung esok.

“Saya sangat gembira dengan prestasi kami pada perlawanan hari ini tetapi saya fikir masih ada ruang yang boleh diperbaiki untuk menampilkan aksi lebih pada perlawanan akan datang.

“Bagi saya, kami hanya perlu bermain seperti underdogs dan berikan yang terbaik. Tidak ada yang perlu dikesalkan dan kami hanya perlu menikmati perlawanan,” kata Sze Fei kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Menjelang aksi suku akhir esok, Sze Fei-Izzuddin akan menantikan pemenang perlawanan antara juara bertahan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dan Ben Lane-Sean Vendy dari England.

Sementara itu, hasrat beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk meneruskan kemaraan tidak tertunai apabila tewas 15-21, 12-21 pasangan China, Cheng Xing-Zhang Chi. – KOSMO! ONLINE

The post Kejohanan Dunia: DinFei mengorak langkah ke suku akhir appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved