Artikel ‘Minda Presiden Pas’, Abdul Hadi sedia jalani proses mahkamah jika ada pertuduhan

LocalPolitics
22 Aug 2026 • 1:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Artikel ‘Minda Presiden Pas’, Abdul Hadi sedia jalani proses mahkamah jika ada pertuduhan

KOTA BHARU: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sedia ke mahkamah berhubung kenyataan beliau melalui tulisannya dalam ‘Minda Presiden Pas’ sekiranya pertuduhan dibuat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Politiknya, Mohd. Syahir Sulaiman berkata, Ahli Parlimen Marang berkenaan sedia memberikan kerjasama berhubung perkara tersebut.

Katanya, setakat ini Abdul Hadi sudah memberikan kenyataannya kepada polis di Kuala Lumpur, minggu lalu.

“Untuk bantu siasatan, Tok Guru (Abdul Hadi) sentiasa beri kerjasama. Jika ada pertuduhan, Tok Guru sedia jawab di mahkamah,” katanya.

Ahli Parlimen Bachok itu berkata, beliau tidak boleh mendedahkan artikel yang sedang disiasat oleh polis ketika ini kerana menghormati proses siasatan pihak berkuasa.

“Beberapa laporan telah dibuat oleh penyokong DAP terhadap salah satu artikel yang ditulis oleh Tok Guru.

“Bukan itu sahaja, telefon bimbit pentadbir Facebook Tok Guru telah diambil oleh pihak polis untuk membantu siasatan,” ujarnya. – UTUSAN

The post Artikel ‘Minda Presiden Pas’, Abdul Hadi sedia jalani proses mahkamah jika ada pertuduhan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved