
BATU PAHAT – Rundingan kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke 16 antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) masih berjalan dan dijangka akan dapat diputuskan tidak lama lagi.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, semua faktor perlu dipertimbangkan dalam rundingan bersama Barisan Nasional (BN) yang kini masih berlangsung.
Katanya, jasa dan peranan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta Negeri Sembilan perlu diambil kira dalam kerjasama PN dan BN ini.
“Semua kena ambil kira, semua kena ambil kira. Kedudukan dengan BN kita kena ambil kira. Ada peranan masing-masing.
“Rundingan terus berjalan sehingga hari ini. Alhamdulilah, setakat ini segalanya positif,” katanya pada Konvesyan Pas Johor di Dewan Muafakat Ayer Hitam, di sini, hari ini
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada jasa Pas di Johor dan Negeri Sembilan perlu menjadi pertimbangan dalam kerjasama BN- PN pada PRN Melaka. – KOSMO! ONLINE
The post PRN Melaka: Rundingan PN, BN masih berjalan appeared first on Kosmo Digital.






