PRN Melaka: Rundingan PN BN positif

LocalPolitics
22 Aug 2026 • 4:18 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PRN Melaka: Rundingan PN BN positif

BATU PAHAT : Kejayaan persefahaman yang dibentuk Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sehingga memperoleh majoriti dua pertiga mampu diteruskan pada PRN Melaka nanti.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, rundingan di antara kedua-dua parti dalam menghadapi PRN Melaka masih berjalan dan dijangka akan dapat diputuskan tidak lama lagi.

Beliau berkata, semua faktor perlu dipertimbangkan dalam rundingan bersama BN yang masih berlangsung.

Katanya, jasa dan peranan Pas pada PRN Johor serta Negeri Sembilan perlu diambil kira dalam memuktamadkan kerjasama PN dan BN di masa akan datang.

“Semua kena ambil kira, kedudukan dengan BN kita kena ambil kira. Ada peranan masing-masing. Rundingan terus berjalan sehingga hari ini. Alhamdulilah setakat ini segalanya positif,” katanya pada Konvensyan Pas Johor di Dewan Muafakat Ayer Hitam di sini, hari ini

Yang turut hadir, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Mahfodz Mohamed dan Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam, Datuk Samsolbari Jamali.-UTUSAN

 

The post PRN Melaka: Rundingan PN BN positif appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved