Arwah Kamarool mengadu ‘gastrik’ sejak semalam – Kenalan

LocalHealth & Fitness
5 Aug 2026 • 6:47 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Arwah Kamarool mengadu ‘gastrik’ sejak semalam – Kenalan

KUALA LUMPUR: Pelakon, Kamarool Haji Yusoff atau Cik Man, 68, yang meninggal dunia sekitar petang tadi mengadu sakit perut sejak semalam.

Perkara itu dimaklumkan kenalan rapat arwah yang dikenali sebagai Padil yang memaklumkan Allahyarham terus dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk mendapatkan rawatan.

“Arwah meninggal lebih kurang pukul 5.15 petang tadi. Sebelum itu semalam beliau dibawa ke Hospital Tanah Merah Kelantan selepas mengadu tidak sihat.

“Kemudian sekitar Subuh tadi arwah ditidurkan kerana berlaku sumbatan pada saluran jantung,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kamarool disahkan meninggal dunia petang tadi selepas ditidurkan gara-gara penyakit jantung yang dialaminya.

Padil memaklumkan arwah sekitar dua tahun lalu pernah dimasukkan ke hospital sama akibat sumbatan pada jantungnya.

“Arwah ada pergi ke hospital sekitar dua tahun lepas kerana masalah jantung.

“Beberapa hari lepas beliau mengalami penyakit gastrik lalu di bawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) oleh anaknya untuk mendapatkan rawatan. Ketika dibawa ke hospital beliau dalam keadaan sedar,” katanya lagi.

Padil memberitahu jenazah yang kini masih berada di hospital akan dikebumikan sekitar pukul 11 pagi esok.

“Sekarang ini jenazah masih ditempatkan di hospital dan selepas selesai urusan jenazahnya akan dibawa ke kediamannya di Kampung Kuala Paku, Guo Ipoh Tanah Merah,” ujarnya.

The post Arwah Kamarool mengadu ‘gastrik’ sejak semalam – Kenalan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved