AS nafi campur tangan politik Malaysia

LocalPolitics
7 Sep 2026 • 6:40 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: AS nafi campur tangan politik Malaysia

PETALING JAYA: Amerika Syarikat (AS) menafikan pernah cuba untuk mencampuri urusan politik Malaysia atau berusaha menjatuhkan mana-mana pihak seperti yang didakwa sebuah parti politik.

Perkara itu ditegaskan oleh Kuasa Usaha Sementara AS ke Malaysia, David H. Gamble Jr yang menyifatkan dakwaan tersebut adalah tidak benar.

“AS tidak pernah berusaha untuk menentukan siapa yang menjadi pemimpin politik Malaysia. Sebarang dakwaan yang mengatakan sebaliknya adalah palsu,” katanya menerusi di Facebook, semalam.

 

Image from: AS nafi campur tangan politik Malaysia

Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan mendakwa AS pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan UMNO dan mengambil alih kerajaan.

Menurut Abdul Hadi, tawaran berkenaan dibuat ketika lawatan bekas Presiden AS, Barack Obama ke Malaysia pada 2014, selepas beberapa pemimpin Pas dipelawa menghadiri pertemuan di Kedutaan AS.

Beliau berkata, pertemuan itu turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang ketika itu Setiausaha Politiknya, serta Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika itu Penolong Setiausaha Agung Pas.

Bagaimanapun, Abdul Hadi mendakwa kedua-dua pemimpin berkenaan tidak terpengaruh dengan tawaran tersebut.

Dalam pada itu, Abdul Hadi digesa mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya bahawa AS pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan pada 2014.

Sementara itu, Setiausaha DAP Kuala Lumpur, Lim Lip Eng berkata, dakwaan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu merupakan tuduhan berat dan tidak boleh dibuktikan hanya dengan tepukan di Muktamar Pas.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas, dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa ketika itu.

“Saya menuntut ja­wapan jelas. Jika sudah laporkan, nyatakan bila dan kepada siapa. Jika belum, mengapa kejadian didakwa berlaku 12 tahun lalu tidak dilaporkan?

“Abdul Hadi sudah membuat dakwaan, kini kemukakan bukti. Kedaulatan negara bukan modal ceramah,” katanya dalam ke­nyataan. – UTUSAN

The post AS nafi campur tangan politik Malaysia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved