Abdul Hadi perlu beri keterangan, kemukakan bukti - Afdlin Shauki

LocalPolitics
7 Sep 2026 • 3:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Abdul Hadi perlu beri keterangan, kemukakan bukti - Afdlin Shauki
Afdlin buat laporan polis berkenaan dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan.

SHAH ALAM – Individu yang membuat dakwaan serius melibatkan campur tangan kuasa asing dalam urusan politik negara mestilah bersedia memberikan keterangan dan mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Setiawangsa, Datuk Afdlin Shauki Aksan berkata, dakwaan sebesar ini tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan yang dilakukan kerana ia menyentuh kepentingan negara dan keyakinan rakyat terhadap institusi demokrasi.

Afdlin berkata, dakwaan sebesar ini tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan yang dilakukan kerana ia menyentuh kepentingan negara dan keyakinan rakyat terhadap institusi demokrasi.

“Saya menyeru semua pihak agar menyerahkan perkara ini kepada siasatan pihak berkuasa dan mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan,” Ujarnya.

Afdlin yang membuat laporan polis berkenaan dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, laporan itu dibuat pada Ahad susulan kenyataan Abdul Hadi yang dilaporkan beberapa portal berita pada 5 September lalu selepas ucapan penggulungan Presiden Pas pada Muktamar Pas ke-72 di Kota Bharu.

Menurutnya, dakwaan berkenaan perlu disiasat pihak berkuasa kerana membabitkan isu campur tangan kuasa asing dalam urusan politik negara.

“Jika dakwaan tersebut benar, ia memerlukan siasatan menyeluruh oleh pihak berkuasa.

“Jika tidak benar, kenyataan sedemikian juga berpotensi menimbulkan keresahan awam, mengelirukan rakyat serta menjejaskan kepentingan negara,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, laporan polis berkenaan dibuat bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan secara profesional dan menyeluruh terhadap kenyataan tersebut.

Sebelum ini, Sinar Harian Pada Jumaat melaporkan bahawa Abdul Hadi mendakwa seorang wakil kedutaan AS pernah menawarkan bantuan kepada parti Pas untuk menjatuhkan kerajaan kepada beliau.

Beliau mendakwa, pertemuan berkenaan berlaku ketika Pas masih menjadi sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat, sekitar waktu lawatan Presiden AS, Barack Obama ke Malaysia.

Menurut Afdlin, siasatan juga boleh meneliti sama ada terdapat sebarang unsur kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 124B dan 124C Kanun Keseksaan atau mana-mana peruntukan undang-undang lain yang berkaitan.

Tambahnya lagi, individu yang membuat dakwaan mengenai campur tangan kuasa asing dalam urusan politik negara perlu bersedia memberikan keterangan serta mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa.

“Kita tidak boleh membiarkan dakwaan sebesar ini berlalu tanpa penelitian sewajarnya kerana ia menyentuh kepentingan negara dan keyakinan rakyat terhadap institusi demokrasi,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved