Hadi Awang tak lari! sedia beri kerjasama selepas dihubungi Bukit Aman

LocalPolitics
7 Sep 2026 • 3:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang bersedia memberikan kerjasama kepada pihak polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaannya bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah cuba campur tangan dalam usaha menjatuhkan kerajaan Malaysia sebelum 2018.

Image from: Hadi Awang tak lari! sedia beri kerjasama selepas dihubungi Bukit Aman

Perkara itu disahkan Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Syahir Sulaiman yang memaklumkan bahawa pihak Bukit Aman telah menghubungi mereka susulan beberapa laporan polis dibuat berhubung kenyataan berkenaan.

“Ya, pihak Bukit Aman sudah hubungi kami. Tan Sri Abdul Hadi sudah dimaklumkan dan sedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis.
“Tarikh dan masa akan ditentukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan tiga laporan polis telah dibuat berhubung kenyataan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu mengenai dakwaan AS pernah menawarkan bantuan bagi menjatuhkan Kerajaan Malaysia pada 2014.

Ketiga-tiga laporan berkenaan dibuat oleh Naib Ketua Cabang PKR Bandar Tun Razak, V Jonathan; Ketua Wanita PKR Cabang Bandar Tun Razak, Mazlina Osman; serta Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bandar Tun Razak, Amarul Hisham Jalil di Balai Polis Cheras, di sini.

Dalam ucapannya pada Muktamar Tahunan PAS ke-70 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan, Abdul Hadi mendakwa beberapa pemimpin PAS pernah menerima jemputan untuk mengadakan pertemuan dengan Kedutaan AS ketika Presiden Barack Obama melakukan lawatan ke Malaysia pada 2014.

Menurut dakwaan itu, pihak asing terbabit turut menawarkan bantuan kepada pemimpin berkenaan bagi menjatuhkan kerajaan yang memerintah ketika itu.

Artikel lain: AS campur tangan kepemimpinan politik Malaysia? Abdul Hadi wajib disiasat segera! – Aiman Athirah

Bagaimanapun, Kedutaan AS semalam menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa wakil negara itu tidak pernah menawarkan bantuan kepada PAS untuk menjatuhkan kerajaan BN.

David H Gamble Jr, yang kini mengetuai Kedutaan AS di Kuala Lumpur, berkata negaranya tidak pernah berusaha untuk menentukan kepimpinan politik Malaysia.

Sumber: Berita Harian 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved