Pempengaruh yang juga suami kepada penyanyi Shila Amzah, Ubai mendedahkan dia melakukan kerja sambilan sebagai penghantar barang bukan kerana terdesak, sebaliknya sebagai cara menghilangkan tekanan dan kebosanan.
Ubai atau nama penuhnya Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli, 28, berkata dia masih belum bercadang menjadikan pekerjaan itu sebagai kerjaya tetap kerana ia dilakukan sekadar mengisi masa lapang.
AdvertisementView this post on Instagram
“Kalau bosan, saya buatlah Grab, kerja sebagai penghantar makanan. Tambahan pula sudah beli motor baharu, nak pergi ‘ride’ tidak boleh, jadi saya jadi penghantar barang.”
“Jadi penghantar makanan ini hanya sekadar suka-suka. Kerja sendiri depan komputer dan hasilkan ‘storyline’ ini macam bosan dan adakalanya memilih untuk ambil cuti sendiri.
“Hantar barang ini dapat jumpa dan berborak dengan orang. Selepas berbual dan rasa lega, saya baliklah rumah sambung kerja,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada sidang media konsert Shila Amzah Kita 25 Tahun, semalam.
Menurut Ubai, isterinya turut memberi sokongan penuh terhadap apa sahaja pekerjaan yang dilakukan selagi ia membuatkan dirinya gembira.
View this post on Instagram
“Dia beritahu asalkan saya gembira, dia okey saja. Konsep kami sama, saya gembira , dia pun gembira.”
“Sebab dalam stigma masyarakat mungkin ada pemikiran individu bergelar artis atau dikenali dalam televisyen atau media sosial perlu jaga standard.”
“Macam saya, dibesarkan dalam sebuah keluarga yang normal dan sederhana. Jadi, selagi rezeki itu halal, tidak buat salah dan tidak kacau orang, saya okey saja,” jelasnya.
Dalam masa sama, Ubai turut menjawab dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dia tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan isterinya.
“Sebenarnya benda ini sejak sebelum kahwin lagi, orang kata saya tumpang Shila dan kerja apa. Hakikatnya saya mula dengan dunia digital, beberapa stesen televisyen, aktif dalam media sosial sebelum mulakan produksi sendiri.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Banyak Hutang, Shuib Terharu Sikap Thalita Tak Berkira Bila Nak Pinjam Duit - "Anak-Anak Memahami.."
The post Jadi ‘Rider’ Penghantar Makanan Suka-Suka, Bila Bosan” – Suami Shila Amzah Nafi Terdesak, Dapat Hilangkan Tekanan Hidup first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






