Asap tebal, bau busuk dari longkang DUKE cetus kebimbangan

14 Oct 2026 • 11:34 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Asap tebal, bau busuk dari longkang DUKE cetus kebimbangan

PETALING JAYA: Kemunculan asap tebal disertai bau busuk dari beberapa jeriji longkang di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) arah ibu negara selepas Tol Sentul mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya pagi ini.

Situasi tersebut dikongsikan beberapa pengguna Threads yang memaklumkan kepulan asap dilihat keluar dari longkang di kawasan berkenaan.

Pengguna Threads @snapaholicphotography menerusi hantaran ringkas berkata, asap berkenaan dilihat keluar dari longkang selepas Tol Sentul menghala ke Kuala Lumpur.

“DUKE pagi ini, lepas Tol Sentul arah Kuala Lumpur. Asap keluar dari longkang,” katanya.

 

View on Threads

 

Seorang lagi pengguna, @Eizaosmann, turut mendakwa kepulan asap itu mengeluarkan bau busuk sehingga menimbulkan tanda tanya mengenai punca kejadian.

“DUKE lepas Tol Sentul arah Kuala Lumpur. Asap tebal keluar dari longkang bau busuk,” katanya.

Sementara itu, pengguna Threads @kamalianamohamad berkata, dia turut menyedari kepulan asap dari tiga jeriji longkang ketika melalui kawasan berkenaan.

Menurutnya, pada awalnya dia menyangka keadaan itu perkara biasa sebelum menyedari situasi berkenaan lebih serius.

“Eh teruknya, ingatkan apa tadi sebab saya lalu sini tadi memang perasan asap tengah naik dari tiga jeriji longkang tu. Ingatkan biasa je tak tahu pula besar macam ini. Menakutkan la, sudah la lepas tol tu sesak,” katanya.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang mempersoalkan punca kejadian, termasuk kemungkinan komponen di bawah jalan terbakar.

Setakat ini, pihak DUKE masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung situasi tersebut.  –UTUSAN

 

The post Asap tebal, bau busuk dari longkang DUKE cetus kebimbangan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved