ASEAN perlu perkukuh daya tahan serantau secara kolektif

LocalPolitics
5 Aug 2026 • 7:42 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ASEAN perlu perkukuh daya tahan serantau secara kolektif

PETALING JAYA: ASEAN perlu memperkukuh daya tahan serantau secara kolektif melalui kerjasama lebih erat terutama dalam persekitaran geopolitik yang semakin mencabar.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia antara yang dibincangkan dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Vietnam, Le Minh Hung sempena lawatan rasminya ke negara itu selama dua hari.

Katanya, mereka turut bertukar pandangan mengenai pelbagai cabaran keselamatan dan pertahanan semasa yang semakin kompleks.

“Antara isu yang dibincangkan ialah persaingan kuasa-kuasa besar, aktiviti grey zone (zon kelabu), ancaman siber, kecerdasan buatan (AI), cognitive warfare (peperangan kognitif) serta gangguan terhadap rantaian bekalan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mohamed Khaled juga dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Nasional Vietnam, Jeneral Phan Van Giang.

Ini merupakan lawatan rasmi pertamanya ke Vietnam sebagai Menteri Pertahanan.

Mohamed Khaled berkata, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Pertahanan yang dimeterai pada 2023 akan terus menjadi pelan hala tuju dalam memperkukuh hubungan pertahanan Malaysia dan Vietnam ke tahap lebih strategik.

Katanya, pertemuan turut membincangkan usaha memperluaskan kerjasama dalam bidang maritim, pembangunan keupayaan, teknologi dan industri pertahanan.

“Ia selaras dengan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuh keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini,” ujarnya. – UTUSAN

The post ASEAN perlu perkukuh daya tahan serantau secara kolektif appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved