Semua negara perlu hormati TAC sebagai asas hubungan dengan ASEAN – Khaled

LocalPolitics
3 Aug 2026 • 8:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Malaysia menegaskan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia, TAC) mesti terus menjadi asas kepada setiap bentuk hubungan dan kerjasama dengan ASEAN, sekali gus memastikan keamanan serta kestabilan serantau terus terpelihara.

Menteri Pertahanan Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejayaan ASEAN selama lebih lima dekad bukan dicapai secara kebetulan sebaliknya dibina berasaskan norma, prinsip dan pendekatan yang dipersetujui bersama oleh negara-negara anggotanya.

“Tidak keterlaluan untuk saya mengingatkan bahawa mana-mana negara yang ingin menjalin hubungan dengan ASEAN perlu memahami dan menghormati Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara atau TAC,” katanya.

Image from: Semua negara perlu hormati TAC sebagai asas hubungan dengan ASEAN – Khaled

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Undang-Undang dan Operasi Ketenteraan (MILOPS) 2026 anjuran Komando Indo-Pasifik Amerika Syarikat (USINDOPACOM) di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut beliau, setiap institusi mempunyai prinsip yang menjadi panduan kepada pentadbiran dan hala tujunya, begitu juga ASEAN yang menjadikan TAC sebagai landasan utama dalam mengurus hubungan serantau dan antarabangsa.

“ASEAN tidak mencapai kejayaannya secara kebetulan. Selama beberapa dekad, kita membina asas ASEAN melalui norma, prinsip serta pendekatan kita sendiri dalam mengurus hubungan serantau.
“Sebagaimana setiap institusi mempunyai prinsip yang menjadi panduan, ASEAN juga mempunyai asasnya sendiri. TAC ialah landasan kepada setiap bentuk penglibatan yang bermakna dengan ASEAN,” ujarnya.

Jelasnya, TAC bukan sekadar sebuah perjanjian, malah menjadi rujukan utama yang mencerminkan nilai dan pendekatan ASEAN dalam mengekalkan keamanan serta membina kepercayaan antara negara.

Image from: Semua negara perlu hormati TAC sebagai asas hubungan dengan ASEAN – Khaled Image from: Semua negara perlu hormati TAC sebagai asas hubungan dengan ASEAN – Khaled

Mohamed Khaled berkata, perjanjian itu menggariskan prinsip saling menghormati, penyelesaian pertikaian secara aman, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negara lain serta kerjasama sebagai tunjang hubungan antara negara anggota dan rakan dialog ASEAN.

“Dalam banyak aspek, TAC boleh dianggap sebagai kod tatakelakuan ASEAN.
“Ia mengandungi prinsip saling menghormati, penyelesaian pertikaian secara aman, tidak campur tangan serta kerjasama,” katanya.

Image from: Semua negara perlu hormati TAC sebagai asas hubungan dengan ASEAN – Khaled

Beliau berkata, prinsip-prinsip tersebut telah membolehkan ASEAN mengekalkan keamanan, membina kepercayaan dan memupuk kemakmuran di rantau ini sejak sekian lama.

Image from: Semua negara perlu hormati TAC sebagai asas hubungan dengan ASEAN – Khaled

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa semua negara termasuk negara anggota ASEAN sendiri, perlu terus menghormati dan mempertahankan TAC sebagai asas kepada hubungan serantau.

“Justeru, setiap bentuk hubungan dengan ASEAN perlu dipandu oleh prinsip-prinsip ini yang telah membantu rantau kita mengekalkan keamanan, membina kepercayaan dan memacu kemakmuran selama beberapa dekad.
“Oleh itu, mana-mana negara termasuk negara anggota ASEAN sendiri, mesti terus menghormati dan mempertahankan TAC,” katanya.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved