Fadhlina rayu henti spekulasi kes guru ditemukan maut di sekolah

3 Aug 2026 • 4:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Fadhlina rayu henti spekulasi kes guru ditemukan maut di sekolah

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek merayu orang ramai menghormati privasi keluarga dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes seorang guru wanita ditemukan maut di sebuah sekolah di Hulu Selangor, 31 Ogos lalu.

Beliau berkata, semua pihak perlu memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Sementara siasatan sedang berlangsung, KPM (Kementerian Pendidikan) sedang menggerakkan segala ikhtiar yang termampu untuk memastikan sokongan psikososial kepada warga sekolah berada pada tahap yang sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, KPM sentiasa mengambil berat mengenai kesihatan mental warga pendidikan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kaunselor dan pelbagai pihak berkaitan.

“Masih banyak yang perlu kita lakukan. Dan kita akan terus melakukannya bersama-sama,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan M. Manimaran dilapor berkata, guru wanita terbabit ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik guru sekolah selepas pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.15 pagi.

Menurut beliau, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post Fadhlina rayu henti spekulasi kes guru ditemukan maut di sekolah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved