
TELUK INTAN – Seorang lelaki berusia 38 tahun kerugian RM12.47 juta apabila dompet digitalnya diakses dan aset kripto miliknya dikeluarkan tanpa pengetahuannya di sini semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, kejadian disedari mangsa kira-kira pukul 1 tengah hari semalam ketika dia berada di sekitar Teluk intan.
Beliau berkata, pengadu mendapati sejumlah aset kripto miliknya telah dipindahkan keluar daripada dompet digital tanpa pengetahuan dan kebenarannya.
“Kes ini melibatkan kerugian yang dianggarkan berjumlah RM12.47 juta.
“Siasatan awal mendapati transaksi berkenaan melibatkan pemindahan aset kripto melalui rangkaian blockchain,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pihak yang terlibat serta menjejaki aliran transaksi berkenaan dengan bantuan unit kripto Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan dan denda,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Aset kripto RM12.47 juta lesap dari dompet digital appeared first on Kosmo Online.






![[VIDEO] 10 minit dua lelaki pecah rumah](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/Untitled-design-2026-10-06T215134.298.png)