Aslam Dipertikai Tidak Kerja Di Pejabat, Umisya Tampil Pertahankan – “Dari Zaman 2016 Mula Berniaga, Aslam Kerja Bersama Saya”

6 Oct 2025 • 4:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pasangan pempengaruh iaitu Aslam dan Umisya Mazlan telah menjawab persoalan ramai mengenai perniagaan yang dilakukan oleh mereka.

Pekerjaan Aslam dipertikai netizen

Dapat dilihat melalui klip potongan daripada live TikTok, Aslam berkongsi satu komen yang ditinggalkan oleh netizen mengenai perkejaannya.

Suami kakak ni (Aslam) tak ada kerja yang duduk di pejabat ke?

Tampil menjawab persoalan tersebut bagi pihak suami, Umisya berkata dirinya dan Aslam sudah melakukan perniagaan sejak dahulu lagi.

Kami dari zaman 2016 sudah mula berniaga. Aslam tidaklah duduk sahaja, dia bekerja bersama saya. Aslam pun asalnya berniaga juga.

Mempunyai latar belakang keluarga dalam bidang perniagaan fesyen

Dalam pada masa yang sama, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu memaklumkan keluarganya juga mempunyai latar belakang sebagai peniaga dalam bidang pakaian dan fesyen.

Umur saya 17 tahun iaitu selepas balik dari Mesir saya dah mula berniaga. Saya ke Mesir semasa usia 15 tahun, kemudian balik ke Malaysia untuk ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Sambil SPM, sambil sambung diploma pun saya berniaga.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen turut mempertahankan pasangan tersebut dengan menegaskan mereka sudah lama melakukan perniagaan itu bersama.

image is not available

image is not available 2025-09-30 14:19:08

"Saya Cuba Sedaya Upaya Membahagiakan Awak" - Aslam Titip Penghargaan Buat Isteri Pertama, Umisya Mazlan