Aspek keselamatan projek jalan di Elopura perlu dipertingkat segera

LocalPolitics
3 Aug 2026 • 3:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Aspek keselamatan projek jalan di Elopura perlu dipertingkat segera

SANDAKAN: Beberapa perkara perlu diberi perhatian segera khususnya berkaitan keselamatan pengguna jalan raya yang melalui laluan projek pembinaan di Jalan Batu 1½ berhampiran Pasar Elopura.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Calvin Chong Ket Kiun berkata antaranya papan tanda amaran dan papan tanda arah di kawasan projek didapati masih tidak mencukupi serta kurang jelas.

Ia sekali gus boleh mengelirukan pengguna jalan raya.

Beliau berkata keadaan menjadi lebih membimbangkan pada waktu malam kerana pencahayaan di kawasan pembinaan juga amat tidak memadai selain garisan jalan sementara yang kurang jelas sehingga menyukarkan pemandu mengenal pasti laluan yang betul.

“Projek pembinaan jalan ini sememangnya penting demi keselesaan rakyat pada masa hadapan namun begitu keselamatan pengguna jalan raya tidak boleh dikompromi sepanjang tempoh pembinaan berlangsung.

“Jangan tunggu sehingga berlaku kemalangan baharu tindakan diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus membuat lawatan susulan ke tapak itu pada Ahad.

Sehubungan itu Calvin menggesa pihak berkaitan mengambil tindakan segera dengan mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan di kawasan projek.

Hal ini termasuk menambah papan tanda amaran yang lebih jelas, memasang lampu amaran atau lampu jalan sementara, menyediakan garisan jalan sementara yang lebih terang dan mudah dilihat, serta memastikan semua peralatan kawalan trafik sentiasa berada dalam keadaan baik.

Beliau berkata langkah-langkah tersebut amat penting bagi mengurangkan risiko kemalangan, mengelakkan kekeliruan pengguna jalan raya serta memastikan aliran trafik berjalan dengan lebih selamat terutama pada waktu malam dan ketika hujan.

Calvin turut berharap pihak kontraktor serta agensi berkaitan dapat memberi perhatian serius terhadap perkara ini dan mengambil tindakan penambahbaikan dengan kadar segera demi menjaga keselamatan orang ramai.

“Keselamatan rakyat mesti sentiasa menjadi keutamaan.

“Setiap projek pembangunan perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab agar manfaat dapat dicapai dan keselamatan pengguna jalan raya juga terjamin,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved