Astro Tawar Pakej Penstriman Baharu – Disney+ Dan Prime Video Hanya RM25 Sebulan

EntertainmentSales & Promo
23 Jun 2026 • 12:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Astro memperkenalkan pakej penstriman baharu dengan harga lebih rendah berbanding nilai asal. Melalui penawaran ini, Astro menggabungkan Disney+ dan Prime Video dalam satu langganan yang mudah. Pakej ini merangkumi:

  • Disney+ & Prime Video pada harga RM25 sebulan (harga asal RM65.69) termasuk akses kepada Disney+ Basic, Prime Video serta Blockbuster Pack.
  • Prime Video sahaja pada harga RM15 sebulan (harga asal RM35.79) turut disertakan bersama Blockbuster Pack.
Image from: Astro Tawar Pakej Penstriman Baharu – Disney+ Dan Prime Video Hanya RM25 Sebulan

Blockbuster Pack ini menyediakan empat saluran hiburan dan filem iaitu Astro Showtime (CH 411), Astro FAM Time (CH 412), Rock Action (CH 414) dan Rock X Stream (CH 415) yang menawarkan pelbagai kandungan sesuai untuk seisi keluarga, komedi, aksi serta hiburan pelbagai genre. Kesemua tawaran ini boleh dilanggan sehingga 14 Ogos 2026 sekali gus menjadikan pengalaman hiburan lebih mudah dan menyeluruh untuk pelanggan Astro.

Image from: Astro Tawar Pakej Penstriman Baharu – Disney+ Dan Prime Video Hanya RM25 Sebulan

Selain itu, Astro turut memperkenalkan pakej WeTV + Viu Duo pada harga RM15 sebulan (harga asal RM35.80) sehingga 4 September 2026 yang memberikan akses kepada drama Cina, drama Melayu, siri Korea, rancangan variasi serta kandungan eksklusif.

Seterusnya, Astro melancarkan saluran baharu hiburan Korea iaitu Astro Daebak (CH 393) bermula 1 Julai 2026. Dibangunkan bersama tvN, saluran ini menayangkan pelbagai drama dan rancangan popular Korea yang boleh diakses oleh semua pelanggan Astro.

Image from: Astro Tawar Pakej Penstriman Baharu – Disney+ Dan Prime Video Hanya RM25 Sebulan

Tidak ketinggalan, Astro turut memperkenalkan pakej penstriman baharu melalui Astro One Packs dengan harga serendah RM49.99 sebulan yang menggabungkan saluran TV dan penstriman dalam satu pengalaman mudah

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved