ASUS Melancarkan Paparan Skrin ROG Strix Ace XG248QSG – Hadir Dengan Kadar Semula 600Hz

TechnologyDigital
23 May 2025 • 9:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika anda seorang pemain permainan e-sukan profesional yang sedang mencari sebuah paparan skrin yang hadir dengan kadar segar semula tinggi, ASUS baru-baru ini telah memperkenalkan paparan skrin baru khusus untuk tujuan tersebut, iaitu ASUS ROG Strix Ace XG248QSG.

Paparan skrin ini menggunakan panel Super TN bersaiz 24 inci dengan resolusi Full HD (1920×1080) dan hadir dengan kadar segar semula setinggi 600Hz yang boleh dilewahjam sedikit untuk ditingkatkan ke 610Hz.

image is not available

Paparan ini juga menggunakan teknologi ASUS Extreme Low Motion Blur 2 yang menggunakan teknologi pencahayaan latar dengan 10 zon terbina untuk memperbaiki kualiti olahan bingkai yang dikeluarkan dengan cepat, mengelakkan isu seperti ghosting ataupun bingkai yang diperlihatkan secara lambat kerana output yang dikeluarkan oleh kad grafik tidak selari dengan kadar segar semula paparan.

image is not available

Tapak paparan ini juga hadir dengan rekaan padat untuk memberi pemain e-sukan lebih banyak ruang untuk papan kekunci dan pergerakan tetikus, khususnya mereka yang bermain permainan FPS seperti Counter-Strike, Valorant ataupun Apex Legends.

Paparan ini juga hadir dengan sokongan teknologi DisplayHDR 400 dan mempunyai nilai kecerahan setinggi 370 nits dalam mod ELMB2. Dari segi penawaran palam pula, komputer riba ini hadir dengan dua palam HDMI 2.1, satu palam DisplayPort 1.4 dan satu palam audio 3.5mm.