ASUS ROG Ally X Menerima Kemaskini Baru Berdasarkan Perisian Kemaskini Lama

TechnologyGaming
26 Feb 2026 • 12:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Beberapa hari lalu kami telah melaporkan bahawa pihak Lenovo mengatakan bahawa mereka tidak akan memperlihatkan kemaskini baru kepada siri peranti gaming Lenovo Legion Go yang dikuasakan cip pemprosesan AMD Ryzen Z1 kerana ia tidak dikemaskini oleh pihak AMD sejak Ogos lalu.

Terkini, ASUS nampaknya telah mengemaskini konsol ASUS ROG Ally X mereka, dengan kemaskini kepada cip pemprosesan grafik mereka dengan kemaskini V32.0.22029.13001. Walaupun ini adalah sebuah kemaskini baru, ia juga mengesahkan bahawa AMD masih belum memperlihatkan sebarang kemaskini baru untuk perisian tersebut sejak pertengahan tahun lepas.

image is not available

ini adalah kerana melalui kemaskini ini, ASUS dilihat masih lagi menggunakan cabang kemaskini 22029, apabila pemandu grafik AMD untuk Windows sudahpun memperlihatkan cabang kemaskini V32.0.23. Sehingga kini ia tidak diketahui lagi jika ia benar bahawa AMD sudah tidak lagi memperlihatkan kemaskini prestasi untuk siri cip pemprosesan AMD Ryzen Z1, khususnya kerana cip pemprosesan tersebut baru berumur hampir tiga tahun.