ASUS ROG Xbox Ally dan Ally X Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 16 Oktober

Gaming
21 Aug 2025 • 11:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Penantian untuk memiliki ASUS ROG Xbox Ally dan ASUS ROG Xbox Ally X akan berakhir pada 16 Oktober dengan ia dilancarkan pada tarikh tersebut. Microsoft mengatakan konsol mudah alih ini akan dilancarkan di Malaysia pada tarikh yang sama dengan di Amerika Syarikat, Asia, Timur Tengah, dan Eropah sebelum ditawarkan juga ke pasaran ROG Ally dijual sebelum ini seperti Indonesia dan Thailand.

image is not available

ASUS ROG Xbox Ally dilengkapi skrin 7″ FHD 120Hz dengan sokongan FreeSync Premium, dijana cip AMD Ryzen Z2 A, memori 16GB LPDDR5X-6400 RAM, storan 512GB M.2 2280 SSD dan bateri 60Wh. Terdapat 2x USB 3.2 Gen 2 Type-C dengan DisplayPort 2.1, pembaca kad UHS-II microSD dan satu bicu audio 3.5mm. Storan SSD boleh digantikan sendiri oleh pengguna.

image is not available

ASUS ROG Xbox Ally X pula dilengkapi skrin 7″ FHD 120Hz dengan sokongan FreeSync Premium, dijana cip AMD Ryzen AI Z2 Extreme, memori 24GB LPDDR5X-8000   RAM, storan 1TB M.2 2280 SSD dan bateri 80Wh. Terdapat 1x USB-Thunderbolt 4, 1x USB 3.2 Gen 2 Type-C dengan DP 2.1, pembaca kad UHS-II microSD dan satu bicu audio 3.5mm. Storan SSD juga boleh digantikan sendiri oleh pengguna.

Walaupun tarikh jualan telah diumumkan, harga masih belum diumumkan oleh Microsoft. Spekulasi mengatakan harga hanya akan diumumkan selepas China dan Amerika Syarikat bersetuju dengan kadar tarif baharu yang sehingga kini belum lagi dapat dimuktamadkan.