Dua pelajar MRSM Alor Gajah hilang dijumpai di Pasar Seni

15 Aug 2026 • 1:19 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua pelajar MRSM Alor Gajah hilang dijumpai di Pasar Seni

PETALING JAYA – Dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang hilang sejak Selasa lalu, berjaya ditemui di ibu negara malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berhubung penemuan dua remaja tersebut oleh pihak polis Bukit Aman.

“Alhamdulillah, pihak polis Bukit Aman telah berjaya menemui kedua-dua pelajar MRSM Alor Gajah, Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd. Saad yang dilaporkan hilang sejak Selasa di sekitar Central Market Kuala Lumpur (Pasar Seni) pukul 10.31 malam tadi,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, polis meminta bantuan orang ramai mengesan dua pelajar perempuan MRSM Alor Gajah berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan kedua-dua remaja itu pada pukul 10.46 malam, 11 Ogos lalu.

Laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Rumbia dan remaja pertama dikenali sebagai Siti Nur Aaira yang beralamat di Bandar Bukit Mahkota, Kajang.

Seorang lagi remaja ialah Nur Aisy Humaira beralamat di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor. – KOSMO! ONLINE

The post Dua pelajar MRSM Alor Gajah hilang dijumpai di Pasar Seni appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved