Asyraf Wajdi Tuntut RM5 Juta Daripada Dua Individu Isu Tabung Haji

LocalPolitics
25 Jul 2026 • 2:22 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Asyraf Wajdi Dusuki mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu yang didakwa mengaitkan dirinya dengan isu melibatkan Lembaga Tabung Haji.

Tindakan itu dibuat selepas beliau mendakwa reputasi dan maruahnya telah terjejas akibat kenyataan berkenaan.

Menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat itu, peguamnya telah diarahkan mengeluarkan surat tuntutan kepada kedua-dua individu terbabit sebagai langkah awal sebelum saman difailkan sekiranya tuntutan tidak dipenuhi.

Dr Ismail Salleh dan Abied Abdullah disaman Asyraf Wajdi

Image from: Asyraf Wajdi Tuntut RM5 Juta Daripada Dua Individu Isu Tabung Haji
Kredit Foto: Facebook Dr Ismail Salleh

Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan peguamnya, Datuk Adnan Seman, telah mengeluarkan surat tuntutan terhadap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Amanah Negara, Datuk Dr Ismail Salleh serta pemilik akaun media sosial Abied Abdullah.

Image from: Asyraf Wajdi Tuntut RM5 Juta Daripada Dua Individu Isu Tabung Haji
Kredit Foto: Facebook Abied Abdullah

Saya telah arahkan peguam saya, Adnan mengeluarkan LOD ke atas Ismail dan pemilik akaun Abied Abdullah (Habin Faisal Mohamed) yang memfitnah, mengaibkan, menjatuhkan reputasi dan cuba mengaitkan saya dengan isu TH dengan tuntutan permohonan maaf, menarik balik kenyataan, akujanji dan ganti rugi berjumlah RM5 Juta dan jika gagal saman akan difailkan.- Katanya.

Dakwa reputasi dan maruah tercemar

Image from: Asyraf Wajdi Tuntut RM5 Juta Daripada Dua Individu Isu Tabung Haji

Terdahulu, Asyraf berkata tindakan itu diambil selepas kedua-dua individu berkenaan didakwa menyebarkan kenyataan yang mengaitkan beliau dengan isu membabitkan Tabung Haji.

Beliau mendakwa kenyataan tersebut telah mencemarkan reputasi dan maruahnya, sekali gus mendorong beliau mengambil tindakan melalui saluran undang-undang.

warden mrsm

InsyaAllah, jika menang saman fitnah ini kelak, saya berjanji dan bertekad untuk salurkan setiap sen yang diperolehi ke Yayasan Pelajaran MARA bagi membantu anak-anak pelajar yang miskin dan susah untuk menyambung pengajian mereka.- Katanya.

Dalam hantaran sama, Asyraf turut berjanji akan menyalurkan keseluruhan wang ganti rugi yang diterima kepada Yayasan Pelajaran MARA sekiranya beliau berjaya memenangi saman fitnah tersebut.

The post Asyraf Wajdi Tuntut RM5 Juta Daripada Dua Individu Isu Tabung Haji appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved