Fitnah isu TH: Asyraf Wajdi mahu saman RM5 juta

LocalPolitics
25 Jul 2026 • 11:56 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Fitnah isu TH: Asyraf Wajdi mahu saman RM5 juta

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki akan memfailkan saman fitnah berjumlah RM5 juta terhadap dua individu yang didakwa memfitnah serta mengaitkannya dengan isu Tabung Haji (TH).

Asyraf Wajdi berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya, Datuk Adnan Seman mengeluarkan surat tuntutan terhadap Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Amanah, Datuk Dr. Ismail Salleh dan pemilik akaun media sosial, Abied Abdullah atau Habin Faisal Mohamed.

Menurutnya, kedua-dua individu berkenaan didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah yang mencemarkan nama baik, menjatuhkan reputasi serta cuba mengaitkannya dengan isu melibatkan TH.

“(Mereka) memfitnah, mengaibkan, menjatuhkan reputasi dan cuba mengaitkan saya dengan isu TH dengan tuntutan permohonan maaf, menarik balik kenyataan, akujanji dan ganti rugi berjumlah RM5 juta dan jika gagal saman akan difailkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, sekiranya berjaya memenangi kes saman berkenaan, kesemua wang ganti rugi yang diterima akan disalurkan kepada Yayasan Pelajaran Mara.

“Insya-Allah, jika menang saman fitnah ini kelak, saya berjanji dan bertekad untuk salurkan setiap sen yang diperolehi ke Yayasan Pelajaran Mara.

“(Ini) bagi membantu anak-anak pelajar yang miskin dan susah untuk menyambung pengajian mereka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Fitnah isu TH: Asyraf Wajdi mahu saman RM5 juta appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved