Atlet SUKMA, Para SUKMA Selangor terima insentif hampir RM7 juta November

26 Sep 2026 • 5:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Atlet SUKMA, Para SUKMA Selangor terima insentif hampir RM7 juta November

SHAH ALAM, 26 SEPT: Atlet Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA Selangor dijangka menerima insentif kemenangan pada November depan dengan peruntukan keseluruhan hampir RM7 juta.

EXCO Sukan, Mohd Najwan Halimi berkata, insentif berkenaan bukan sahaja diberikan kepada atlet yang mencipta kejayaan dalam acara individu dan berkumpulan, malah turut membabitkan persatuan sukan serta pegawai dan pengurusan kontinjen.

Image from: Atlet SUKMA, Para SUKMA Selangor terima insentif hampir RM7 juta November
EXCO Belia, Mohd Najwan Halimi berucap dalam majlis perasmian Konvensyen Belia Selangor 2026 di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 26 September 2026. Foto KHAIRUL HELMY/MEDIA SELANGOR

“Insya-Allah dalam November kita akan adakan satu majlis untuk meraikan atlet-atlet SUKMA dan Para SUKMA ini bersama-sama dengan sukarelawan SUKMA kita.

“Anggaran keseluruhan pingat emas, perak, gangsa, insentif untuk persatuan sukan, untuk pegawai-pegawai serta pengurusan saya boleh sebut hampir RM7 juta.

“Pada majlis itu kita akan serahkan insentif kepada semua atlet-atlet yang mencatatkan kejayaan cemerlang. Mungkin kita akan sekalikan dengan Anugerah Sukan Selangor,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmian penutup Konvensyen Belia Selangor di sini, hari ini.

Image from: Atlet SUKMA, Para SUKMA Selangor terima insentif hampir RM7 juta November
EXCO Belia, Mohd Najwan Halimi bergambar dengan peserta Konvensyen Belia Selangor 2026 di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 26 September 2026. Foto KHAIRUL HELMY/MEDIA SELANGOR

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata atlet Selangor yang meraih pingat emas bakal menerima insentif antara RM2,000 hingga RM5,000 mengikut kategori sekiranya Selangor bergelar juara keseluruhan SUKMA.

Mengikut kadar berkenaan, atlet individu dan berpasukan tiga orang menerima habuan RM15,000 seorang, manakala atlet berpasukan bawah 10 orang menerima RM10,000 seorang dan pasukan melebihi 10 orang menerima RM7,000 seorang.

Selangor mencatat pencapaian membanggakan pada SUKMA kali ini apabila mengumpul 101 pingat emas daripada keseluruhan 245 pingat.

Kontinjen Para SUKMA Selangor turut menyerlah apabila mengumpul 93 pingat emas daripada keseluruhan 200 pingat.

Kedua-dua pencapaian itu menjadi antara asas pemberian insentif kepada atlet serta pihak yang terlibat dalam kejayaan kontinjen Selangor pada kedua-dua temasya berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved