AUKU bakal dimansuh, KPT rangka perundangan baharu lebih komprehensif & progresif

LocalPolitics
15 Aug 2026 • 3:08 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) perlu disusuli kerangka perundangan baharu yang lebih menyeluruh dan progresif bagi memenuhi keperluan pendidikan tinggi masa kini serta masa hadapan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, AUKU bukan semata-mata akta yang mengawal selia hal ehwal atau kebebasan mahasiswa, sebaliknya menjadi asas kepada penubuhan, pentadbiran dan tadbir urus universiti serta kolej universiti.

Katanya, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sudah mengambil kira keperluan memperbaharui kerangka perundangan pendidikan tinggi negara dengan merangka akta baharu yang lebih komprehensif bagi menggantikan AUKU.

“Usaha ini telah digariskan dalam Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035, yang diluncurkan pada Januari 2026, menerusi agenda pembentukan One Higher Education Act,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Image from: AUKU bakal dimansuh, KPT rangka perundangan baharu lebih komprehensif & progresif

Zambry berkata, beliau mengambil maklum pengumuman Perdana Menteri berhubung hasrat memansuhkan AUKU ketika ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional Keadilan 2026.

Artikel lain: Terima kasih PM! Pemansuhan AUKU hadiah perjuangan mahasiswa sepanjang zaman – Adam Adli

Katanya, proses menggubal kerangka perundangan baharu itu akan dilaksanakan secara inklusif dengan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan termasuk kepimpinan universiti, ahli akademik, IPT awam dan swasta, pemain industri, politeknik dan kolej komuniti (POLYCC), penyedia TVET, pakar perundangan serta mahasiswa.

Image from: AUKU bakal dimansuh, KPT rangka perundangan baharu lebih komprehensif & progresif

“Matlamat kita bukan sekadar untuk memansuhkan sebuah akta, tetapi untuk membina kerangka perundangan pendidikan tinggi yang lebih komprehensif dan berdaya hadapan bagi memperkukuh autonomi institusi, kebebasan akademik dan suara mahasiswa,” katanya lagi.

Beliau berkata, kerangka baharu itu turut perlu memastikan aspek tadbir urus, akauntabiliti dan kecemerlangan institusi pendidikan tinggi terus terpelihara.

“Ini bagi memastikan sistem pendidikan tinggi Malaysia kekal relevan, dinamik dan mampu menghadapi perubahan landskap pendidikan global,”ujar beliau.

Sumber: FB Kementerian Pendidikan Tinggi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved