Axiata berdepan risiko ketidaktentuan hasil, MBSB Research turunkan harga sasaran kepada RM1.90

Business & Finance
1 Sep 2026 • 9:30 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Axiata berdepan risiko ketidaktentuan hasil, MBSB Research turunkan harga sasaran kepada RM1.90 Image from: Axiata berdepan risiko ketidaktentuan hasil, MBSB Research turunkan harga sasaran kepada RM1.90 amree01/09/2026 - 09:30 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 1 SeptAxiata Group Berhad dijangka terus berdepan ketidaktentuan hasil susulan prestasi perniagaan infrastruktur kurang stabil serta risiko geopolitik, menurut MBSB Research.

 

Firma itu berkata cabaran tersebut turut boleh menyebabkan pelan penjanaan nilai mengambil masa lebih panjang dan berpotensi menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham syarikat berkenaan.

 

Sehubungan itu, ia mengekalkan saranan ‘neutral’, namun menurunkan harga sasaran (TP) sesaham berasaskan kepada jumlah bahagian (SOP) kepada RM1.90 daripada RM2.07 sebelum ini.

 

"Prestasi kewangan Axiata bagi 2QFY26 namun ada peningkatan, dengan hasil dinormalisasi meningkat 82.2% kepada RM278.7 juta, disokong terutama struktur kos lebih baik," kata MBSB Research.

 

Lonjakan itu didorong penurunan kos susut nilai, kemerosotan nilai dan pelunasan sebanyak 28.7% kepada RM807.7 juta, selain prestasi baik  dicatatkan kebanyakan syarikat operasi (opco) kumpulan.

 

Bagaimanapun, prestasi keseluruhan masih berdepan tekanan apabila hasil 2QFY26 susut 3.2% kepada RM5.67 bilion, akibat kemerosotan hasil perniagaan infrastruktur menerusi edotco dan LinkNet.

 

Axiata_DagangNews2026

 

Secara suku ke suku (QoQ) ujar MBSB Research, pendapatan dinormalisasi Axiata jatuh 36.4%, mencerminkan ketidaktentuan masih ketara, apabila kos meningkat berbanding suku sebelumnya.

 

"Bagi tempoh 1HFY26, hasil dinormalisasi naik 251.5% kepada RM717 juta, disokong prestasi baik hampir semua opco, kos kewangan rendah serta pengurangan pinjaman sebanyak 11.1%," jelasnya lagi.

 

Prestasi secara keseluruhan berada dalam jangkaannya dengan mewakili 63.2% daripada anggaran pendapatan setahun penuh, namun firma itu mengekalkan unjuran pendapatan sedia ada buat masa ini.

 

Menurut MBSB Research, TP Axiata diturunkan berikutan isu peningkatan diskaun syarikat pegangan, setelah usaha penjanaan nilai, khususnya perniagaan infrastruktur, mungkin tertangguh lebih lama.

 

Dalam perkembangan positif, dividen kumpulan telekomunikasi itu bagi 2QFY26 meningkat 10% tahun ke tahun (YoY) kepada 5.5 sen sesaham, berbanding hanya 5 sen pada tempoh sama tahun sebelumnya.

 

"Peningkatan itu selaras dengan komitmen Axiata28 untuk meningkatkan dividen sesaham sekurang-kurangnya 10% setahun, yang turut diambil kira dalam andaian kami," kata firma tersebut. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved