Penyanyi bersuara lantang, Shila Amzah sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas memuat naik sebuah video pendek di akaun TikTok rasminya, @shilaamzahofficial.
Menerusi perkongsian itu, Shila hanya memaparkan visual gelombang audio ringkas di TikTok.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian ialah bait-bait lirik yang didendangkan penyanyi itu yang disifatkan penuh emosi dan seolah-olah menggambarkan luahan hati seorang anak terhadap bapanya.
Antara lirik yang dikongsikan ialah:
“Ayah… seandainya duit bukan punca, seandainya judi bukan punca… namun perempuan itu adalah punca.”
“Ayah… kau serah segalanya pada mama, harusnya tanggungjawab bersama. Apakah kau lupa menjadi nakhoda.”
Susulan perkongsian itu, ruangan komen dihujani pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mula tertanya-tanya sama ada lirik tersebut diilhamkan daripada kisah benar yang pernah dilalui oleh penyanyi itu, manakala ada juga yang mengaitkannya dengan isu keluarga Shila yang pernah menjadi perhatian umum sebelum ini.
Bagaimanapun, segelintir netizen berpandangan ia mungkin sekadar teaser bagi karya terbaharu Shila Amzah yang mengangkat realiti kehidupan keluarga berpecah-belah atau broken home yang berlaku dalam masyarakat.
Rata-rata netizen turut memuji lirik lagu tersebut kerana disifatkan sangat menyentuh emosi dan mampu memberi kesan kepada mereka yang pernah melalui pengalaman membesar dalam keluarga yang berdepan konflik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Hamak Perhatian! Acah Tau Sangat Betin* Si*l Ni!" - Rita Rudaini Berang Nama Aidil Zafuan 'Dipetik' Dalam Kejayaan Anak Sulung
The post “Ayah, Seandainya Judi Bukan Punca, Namun Perempuan Itu..” – Lirik Lagu Baru Shila Amzah Cetus Tanda Tanya Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






