Ayam Brand Ayam Carik perkenal tiga perisa baharu

FoodSales & Promo
5 Sep 2026 • 8:39 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ayam Brand Ayam Carik perkenal tiga perisa baharu

PETALING JAYA – Ayam Brand, jenama makanan yang sinonim dengan produk berkualiti untuk seisi keluarga memperluaskan rangkaian Ayam Brand Ayam Carik dengan pengenalan tiga perisa baharu iaitu Sos Teriyaki, Sos Gochujang Korea Pedas dan Lada Hitam sebagai penambahan kepada dua perisa sedia ada.

Setiap perisa hadir dengan keunikan tersendiri, dengan Ayam Carik Sos Teriyaki menawarkan gabungan rasa manis dan savuri yang sesuai dinikmati bersama nasi, mi dan roti, manakala Ayam Carik Sos Gochujang Korea Pedas menampilkan cita rasa Korea dengan sentuhan pedas yang menyelerakan.

Sementara itu, Ayam Carik Lada Hitam menggunakan lada hitam dari Sarawak yang ter­kenal dengan aroma dan rasa­nya yang lebih terserlah, memberikan sentuhan berempah kepada hidangan harian.

Ketua Jualan Ayam Brand, Loke Wing Hoong berkata, Ayam Carik merupakan inovasi terbaharu daripada syarikat bagi membolehkan penyediaan hidangan yang lebih mudah buat pengguna.

“Sesuai dimakan bersama nasi dan roti, ia juga boleh dimakan terus dari tin dan merupakan penyelesaian sempurna kepada gaya hidup yang sibuk hari ini,” katanya pada majlis pelancaran semalam.

Pelancaran rasmi rangkaian Baharu Ayam Carik di Jaya Grocer, Sunway Pyramid itu dibuat bersempena siri jelajah Ayam Brand selama enam hari dari 1 hingga 6 September 2026.

Sepanjang tempoh tersebut, pengunjung berpeluang mencuba produk baharu ini menerusi sesi pensampelan produk, selain menyertai aktiviti interaktif dan beroleh ganjaran pembelian eksklusif.

Bagi pembelian RM20 dan ke atas, termasuk sekurang-kurangnya satu tin Ayam Carik Ayam Brand, pelanggan akan menerima beg makan tengah hari eksklusif Ayam Brand secara percuma.

Selain itu, bagi mereka mereka yang berbelanja RM30 dan ke atas, termasuk sekurang-kurangnya satu tin Ayam Carik Ayam Brand, akan menerima beg dan berpeluang menyertai cabaran untuk memenangi ­hadiah menarik. -KOSMO! ONLINE

The post Ayam Brand Ayam Carik perkenal tiga perisa baharu appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved