Azizulhasni Tunjuk Cara Atlet Olimpik Guna ‘Special Tag’, Dapat Air Percuma Di ‘Vending Machine’

Entertainment
5 Aug 2024 • 4:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang yang layan Olimpik Paris tahun ini pasti tertanya-tanya apakah kemudahan yang disediakan oleh tuan rumah untuk para atlet yang datang bertanding.

Semua atlet diberi special tag

Terbaharu, pelumba basikal trek Malaysia, Azizulhasni Awang telah berkongsi salah satu kelebihan yang diterima oleh para atlet sepanjang mereka berada di perkampungan olimpik. Mereka yang terlibat dengan acara telah diberikan special tag untuk mendapatkan air percuma di mesin layan diri.

Dalam video tersebut, Azizulhasni menunjukkan cara bagaimana special tag itu berfungsi yang mana para atlet hanya perlu menekan nombor barisan air yang mereka mahu sebelum menyentuhkan special tag itu di salah satu ruang yang ada di mesin tersebut.

image is not available
Sumber: tiktok

Special tag itu diibaratkan seperti kad kredit namun ia kesemua air dalam mesin itu percuma untuk pemilik tag tersebut.

Untuk pengetahuan korang, dia unlimited! Boleh ambil seberapa banyak tapi janganlah bazir. Ambil yang mana perlu je. Macam saya ambil air mineral ni 4 ke 5 botol untuk letak dalam bilik. Bila dahaga, minum.

Selain air mineral, turut disediakan pelbagai jenis air berkarbonat dan ada mesin layan diri itu diletakkan di tempat awam bagi memudahkan orang ramai menggunakannya.

Netizen minta Azizulhasni review kelebihan lain

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat kelebihan yang diterima oleh para atlet. Mereka juga meminta Azizulhasni menunjukkan kelebihan lain yang ada di sana dan mendoakan ‘The Pocket Rocketman’ itu dapat meraih pingat untuk Olimpik kali ini.

image is not available image is not available

Menariknya mesin gedegang tu!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.