Azroy Sapu Bersih Litar Batu Kawan Hari Pertama

16 Aug 2026 • 8:33 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Azroy Sapu Bersih Litar Batu Kawan Hari Pertama

BATU KAWAN: Pelumba Honda Castrol Power 1 Yuzy Racing, Azroy tampil cukup meyakinkan pada hari pertama pusingan di Litar Batu Kawan apabila berjaya menyapu bersih sesi yang berlangsung hari ini, sekali gus membuka tirai dengan momentum positif menjelang perlumbaan esok.

Azroy mengakui jentera yang ditungganginya memberikan rasa dan prestasi berbeza selepas pasukan bekerja keras mencari pelarasan terbaik untuk meningkatkan tahap kuasa motosikal.

Menurutnya, perubahan tersebut bukan hasil penggunaan komponen baharu, sebaliknya lebih kepada ketelitian pasukan dalam melakukan pelarasan serta sedikit ‘sentuhan magis’ yang berjaya memberikan kelebihan kepada jentera.

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan perkembangan positif hari ini. Dari segi persiapan jentera, seluruh pasukan telah bekerja keras untuk mencari pelarasan kuasa yang lebih optimum.

“Hasilnya, saya dapat rasakan motor ini mempunyai semangat dan tahap kuasa baharu yang amat memberangsangkan. Saya rasa lebih yakin, selesa dan gembira ketika beraksi di litar tadi,” katanya.

Bagaimanapun, Azroy tidak mahu terlalu selesa dengan pencapaian hari pertama kerana keputusan sebenar hanya akan ditentukan pada perlumbaan esok.

“Hari ini baru hari Sabtu, ia sekadar sesi ujian dan kelayakan, bukannya penentu segalanya. Esok adalah hari penentu yang sebenar.

“Harapan saya, kami dapat mengekalkan momentum dan konsistensi ini hingga ke garisan penamat. Kami tidak menggunakan sebarang komponen baharu, sebaliknya ia adalah hasil sentuhan magis dan ketelitian pasukan mekanik yang berjaya memberikan sedikit kelebihan.

“Saya akan manfaatkan pelarasan terbaik ini dan memberikan tunggangan seratus peratus untuk pusingan ini,” jelasnya.

Dengan prestasi cemerlang pada hari pertama, Azroy kini mengalihkan fokus sepenuhnya kepada perlumbaan esok, dengan sasaran untuk meneruskan momentum dan menukar dominasi hari pertama kepada keputusan terbaik di podium.

The post Azroy Sapu Bersih Litar Batu Kawan Hari Pertama appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved