Bagasi berisi bahan menyerupai dadah, bahan letupan: Polis buka kertas siasatan

8 Aug 2026 • 5:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Bagasi berisi bahan menyerupai dadah, bahan letupan: Polis buka kertas siasatan
Polis membuka kertas siasatan bagi mengesan pemilik dan mengenal pasti motif sebuah bagasi ditinggalkan di ruang pemeriksaan Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam selepas imbasan mengesan imej menyerupai bahan letupan dan dadah. Gambar hiasan

ALOR SETAR - Polis membuka kertas siasatan bagi mengesan pemilik dan mengenal pasti motif sebuah bagasi ditinggalkan di ruang pemeriksaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, selepas imbasan mengesan imej menyerupai bahan letupan dan dadah.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, siasatan awal mendapati lokasi asal bagasi itu ditinggalkan di luar jangkauan kamera litar tertutup (CCTV) sekali gus menyukarkan usaha mengenal pasti individu yang meninggalkannya.

"Polis kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pemilik bagasi berkenaan selain menyiasat sebab ia ditinggalkan di lokasi terbabit,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Peluncuran Taman Angkat Amanita Kontinjen Kedah 2026 di sini pada Sabtu.

Terdahulu, media melaporkan polis melakukan proses meneutralkan sebuah bagasi berwarna merah jambu yang ditinggalkan di ruang pemeriksaan ICQS Bukit Kayu Hitam.  

Beg itu kemudian dibawa ke mesin pengimbas dan hasil imbasan, pihak kastam mendapati imej terbabit mengandungi bahan disyaki dadah dan letupan.

Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah yang melakukan proses meneutralkan bagasi mendapati tiada unsur bahan letupan ditemukan dan hanya menemukan baju, minyak di dalam bekas, pengering rambut warna hitam, syampu dan losen.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved