Cemas terkandas di ICQS gara-gara ancaman bom

8 Aug 2026 • 2:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Cemas terkandas di ICQS gara-gara ancaman bom

PETALING JAYA – Orang ramai berdepan detik cemas apabila terkandas selama berjam-jam di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, Kedah gara-gara sebuah bagasi yang dipercayai mengandungi bahan letupan. 

Pengalaman tersebut dikongsi beberapa pengguna media sosial susulan kejadian tersebut yang berlaku di ICQS Bukit Kayu Hitam malam tadi. 

Menurut seorang pengguna dikenali sebagai Yasmin Aleeya, dia terkandas di ICQS Bukit Kayu Hitam selama dua jam selain turut mendengar bunyi letupan. 

“Nak jadi cerita kena ‘sidai’ dua jam di sempadan Bukit Kayu Hitam. Dengar letupan bom, selalu tengok ‘movie’ (filem) sahaja,” katanya. 

Seorang lagi pengguna dikenali sebagai Mymy Yourhanis memaklumkan, dia turut melalui pengalaman sama semalam ketika mahu pulang ke Malaysia dari negara jiran. 

“Nak jadi rezeki malam ini nak keluar dari Thailand, border (sempadan) Malaysia tutup katanya (dakwaan) ada penemuan bom dalam luggage (bagasi) sangkut dua jam tapi serius seram bila dengar sendiri mereka (Unit Pemusnah Bom) letupkan bom,” katanya. 

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Unit Pemusnah Bom Kontinjen Kedah digerakkan ke ICQS Bukit Kayu Hitam selepas sebuah bagasi tanpa pemilik dikesan mengandungi imej disyaki bahan letupan dan dadah menerusi mesin pengimbas.

Pihak polis menerima maklumat mengenai beg yang ditinggalkan di ruang pemeriksaan Imigresen/Kastam Blok B Kompleks ICQS itu pada pukul 5.55 petang semalam. Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati tiada bahan letupan dijumpai dalam bagasi tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Cemas terkandas di ICQS gara-gara ancaman bom appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved