Bahaya jatuh tersembam

Health & Fitness
23 Oct 2026 • 12:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Bahaya jatuh tersembam
Gambar: Public Health M'sia

SITI NURHALIZA JATUH TERSEMBAM. NASIB BAIK TIADA KECEDERAAN SERIUS DILAPORKAN.

Melihat rakaman Siti Nurhaliza terjatuh ketika persiapan Konsert Gema Bumantara, memang cukup mencemaskan.

Kaki tersadung, hilang keseimbangan dan wajah terus tersembam ke lantai.

Dari sudut perubatan, mekanisme kecederaan seperti ini berpotensi menyebabkan kecederaan yang serius.

Apabila seseorang jatuh ke hadapan dan wajah menghentam lantai, daya hentakan boleh tertumpu pada tulang muka dan kepala, lebih-lebih lagi jika tangan tidak sempat menahan badan.

.

Antara risiko kecederaan termasuk:

* Patah tulang hidung (nasal fracture).

* Patah tulang rongga mata (orbital fracture) yang boleh menjejaskan penglihatan.

* Patah tulang pipi (zygomatic fracture).

* Patah tulang rahang (mandibular fracture).

* Gegaran otak atau pendarahan dalam kepala, bergantung pada kekuatan dan lokasi hentakan.

Malah, kecederaan serius tidak semestinya kelihatan dari luar. Seseorang masih boleh bangun dan berjalan walaupun mengalami kecederaan yang memerlukan rawatan.

.

Syukur, setakat yang dilaporkan, Siti tidak mengalami kecederaan serius. Namun, melihat kesan lebam pada wajahnya, kita dapat bayangkan betapa kuatnya hentakan tersebut.

Dan di sinilah kita patut menghargai sesuatu.

Banyak pengorbanan Siti yang sebenarnya kita tidak nampak.

Di atas pentas, kita melihat senyuman, tarian, puluhan lagu dan persembahan yang begitu bertenaga selama lebih dua jam.

Tetapi di sebaliknya, ada latihan berjam-jam, kepenatan, risiko kecederaan, disiplin dan komitmen yang luar biasa untuk memastikan penonton mendapat persembahan terbaik.

The stamina, passion, dedication and sacrifice. Bukan calang-calang usaha.

Konsert Gema Bumantara sememangnya antara persembahan terbaik tahun ini. Bukan sahaja kerana kemegahan produksi, tetapi kerana jiwa dan kesungguhan yang dicurahkan oleh Siti bersama seluruh pasukannya.

Terima kasih Siti Nurhaliza atas sebuah persembahan yang begitu bermakna.

Kita melihat keindahan persembahan di atas pentas. Tetapi jangan lupa menghargai segala pengorbanan yang berlaku di belakang pentas.

Semoga Siti terus sihat dan diberikan kekuatan untuk terus berkarya.


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved